
![]()
Aim small but consistence, step by step like a baby, growing and blooming....target for 2009. Together we archive termendous life.
IgG - Plus, Jus Pati Kurma Manjakani, Alfalfa Concentrate Drink, Woman Lobata, Nacofe, Superclay, Green Factor.......
Talian peribadi : 012-974 4003
Email : mazlina_bakri@yahoo.com.my
assalamualaikum warga malaysia khususnya warga SST....
Maafkan saya kerana menyepi terlalu lama....dunia perniagaan memang mencabar dan menduga emosi dan akal manusia yang mudah mengalah seperti saya, hanya yang kuat dan degil akan terus berjalan walau emosi lebur seperti di "kebabom" dgn bom motar.
Masih ingat lagi pada hari pelancaran blog bisness saya di http://eniagamazz.blogspot.com sememangnya membakar dan saya begitu yakin akan kehadiran blog ini memberi sinar cahaya yang saya harapkan. Tersenyum puas kerana niat hati nak bina blog bizz ini berjaya jua, maka terbitlah bermacam2 idea untuk lebih mempromosikan blog di masa yg sama beriklan di ruangan2 iklan percuma di internet. Tak lupa juga saya buat mailing list berpandukan tunjuk ajar di dlm buku "15 teknik efektif internet marketing", saya cuba buat step by step follow buku tu.
Saya search one by one group yahoo mail address dan juga google group mail address, happy try la send to them....tapi malangnya tak berjaya bila mana mail saya ditendang balik atas alasan saya kena join group baru boleh send email to them. Well mungkin ada kesilapan dimana2 yang saya perlu teliti balik. mmmm...tak per la. error tetap ada untuk berjaya. Try, try, try dan try.
adat orang berniaga ada untung ada rugi, well nak jadi cerita iklan saya tak mendapat sambutan langsung "o" zero.......mmmmphhh. sedey nie, saya mula berfikir mana silap teknik saya ni. dalam masa saya cuba nak selongkar masalah ni berita dari HQ tempat saya bekerja ni pun datang....mengalah belum lagi cuma kekurangan saya mengatasi kelebihan saya. jadi saya buat keputusan untuk cool down jap bizz ini sebelum saya bermula balik. Jangan risau tak lama...sekejap ajer bila suasana dapat dikawal. Satu2 nya saya tak boleh managed ialah bila masalah selain masalah bizz datang menyerang dalam satu masa...kerja ofis, hal peribadi hal bisness dan hal2 lain. semacam tak boleh nak handle. saya perlukan masa untuk settle satu persatu tapi tidak meninggalkan atau melupakannya. masalah tak kan selesai walau kita cuba lari...lebih baik hadapinya dgn cara terbuka.
saya bekerja di site construction (tapak pembinaan) sebagai admin. Yaaa...tentu ada yg suprised...tapi percayalah saya enjoy lebih berbanding pengalaman saya bekerja di ofis yang cantik dibangunan2 tersergam indah di KL ni. Jiwa saya sesuai di sini...bergaul dgn mereka yang kalau diikutkan tak ada admin (perempuan) yang sanggup kerja di site. projek kondo mewah yg mana pentadbiran sumber manusianya di bawah jagaan saya sudah pun siap dan dijangka serah kunci pada pembeli awal april nanti. selepas ini saya akan jaga site lain pulak 2 blok kondominium 40 tingkat di mont kiara juga. kerja di site sememangnya stress, melayan kerenah manusia dan timbunan kerja (lone ranger la...) perghhhh...tapi saya suka..walau mulut kekadang bising tapi hati happy kerana saya bebas mengatur kerja saya sendiri asalkan dateline yg diberi "accomplished".
Oh ya...saya telah lama merancang untuk pergi bercuti dan semuanya sudah pun diatur hanya menunggu masa untuk berangkat. insyallah pada awal april ini saya, adik dan kawan baik saya akan bercuti selama 10 hari ke satu destinasi "rahsia".hehehehehe
. sesekali perlu rehatkan minda dan "refresh" semangat. insyallah....doakan perjalanan cuti saya berjalan dengan lancar. aminnnn