Powered by Bravenet Bravenet Blog

Rakan Anda

journal photo

Tag Board

astaga.com lifestyle on the net: main kemari tuk berjalan-jalan Astaga.com lifestyle on the net
Din2009: Salam Sejahtera. Semua Rakan Usahawan. Sesiapa yang berminat nak join jadi usahawan diperingkat awal dalam syarikat Jiwa Realiti Sdn Bhd. Produk kecantikan dan kesihatan. Telah memasuki 57 buah negara OIC. Pada 20 April 2009 perjanjian persefahaman antara Jiwa Realiti dan 57 buah Negara OIC bertempat di Hotel Golden Horses Palace. Disaksikan sendiri oleh Dato Noh Omar.Dan pada Jun 2009 perasmian akan dilakukan Oleh Perdana Menteri. Sesiapa berminat sila hubungi 019- 958 5100 (Din) atau layari
joe: cam best jer tengok u
joe: dah kahwin ker? bleh kenalan.....
vemma: baru punya...
Master of Blogger: Salam, Sertai Bengkel Master of Blogger
Normala: Go Mazlina Go Go Go .. Anda wanita yg berjiwa & bersemangat kental. Doa saya semoga Maz tetap sihat spt biasa & dgn usaha utk mengatasi kesan awal penyakit tersebut, Maz terus amalkan IgG Pus, Cellrenew & Alfafa. Setiap penyakit ada ubatnya ...
Pemerhati: Teruskan perjuangan!!!
Ashriee:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
yazs: jangan jemu... :-)
Zalifa: Maz, salam perkenalan dari saya. Semoga kita dapat bekerjasama satu hari nanti
Rakan Niaga: Ayoh Puan Mazlina, teruskan langkah menuju Kejayaan. tanpa usaha, impian hanya tinggal kenangan. Anda boleh melakukannya!
Normala: Dear Maz. Tahniah, impian Maz dah tercapai utk melancung ke Australia. Jadi tak mustahilkan utk membina impian yg lebih besar utk berjaya dlm biz MLM Smart Naco ini. Jgn ragu2, teruskan usaha. YOU CAN DO IT!
yazs: setiap orang punyai potensi untuk berjaya..selamat maju jaya
Normala: Maz, jgn dipersia2kan potensi yg ada. Jom kita bergerak samada online ataupun offline. Yg lebih penting skrng ni kita fokus pada Home Party. You Can Do It!!!
hazlin png: assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan .bila saya baca blog kak .macam dapat satu semangat la
Normala: Wah ... Jiwakaya, sambil menyelam minum air nampak. SST & Smart Naco still the best!! Thanks
Jiwakaya: TEruskan usaha yg padu dgn bisnes ini.. :)
Normala: Tahniah sis ... keep it up!!! YOU CAN DO IT ... COZ U ARE THE BEST!!!
sumarlin hkns: ass,salam kenal saya sumarlin jaringan pak rizal dari indonesia.jgn lupa mampir di blog gue.di www.bisnisanakriau.blogspot.com sukses buat anda.wassalam
Normala: Good girl. Hebat! Teruskan perjuangan anda bersama semangat dan tindakan yg positive. InsyaAllah kejayaan milik kita yg berusaha.
mazlina: salam silatulrahim...dan terima kasih sudi melawat blog saya..saipolrohim
saipulrohim: salam kenal dan selalu sukses,saya dari indonesia dari jaringan pak rizal.
Normala: Thanks so much for your support.
Zul Salleh: Jom kita tingkatkan kelajuan movement kita.Internet marketing pun Sifu dah ajar so what next??? Tarik nafas.....lepasss....Tarik nafas .....lepasss hehehe jangan marah ... kita bertemu di PUNCAK KEJAYAAN,Insha Allah.
Normala: Go Mazlina, Go ... Go... Go .... !!!
mazlina: kah kah kah jgn la kak mala pecah rahsia kat orang. maluuuu
Normala: Ye lah Che Din, kan ke Maz ni bakal Jurulatih Aerobic. Sambil tu boleh ler promote produk SN, pasti malatop
che din: erm , bagus kempen nie , saya pun nak kena aktifkan diri untuk senam yer , , , ,
Fauzan: Sealamt Tahun Baru 2008, semoga terus tabah dlm berbisnes..Salam Sukses
mazlina: terima kasih nita....dan selamat datang ke SST family. Ya. saya rasa bertuah sangat dipertemukan dgn kak mala...bukan saja jadi pusher saya malah tak jemu mengasak saya..hehehehhe
Fauzan: Tahniah Kak Maz atas perkongsian ini dan juga diatas kebangkitan semula akak dlm biz ini, tak lupa juga sekalung tahniah kpd Kak Mala yg tak jemu memberikan semangat kpd rkn2 yg lain utk terus berjuang dlm biz bsama SN & SST..
Nita: Bertuah Mazlina punya upline macam Kak Mala yang sentiasa menyokong & membakar semangat utk teruskan perjuangan. She's the wind beneath your wings!
Normala: Alhamdulillah you dah bangkit dari tidoq. So jagnan mimpi di siang hari lagi ye sebab banyak kerja yg kita nak buat ni, hehehe ...
Normala: Go Mazlina Go, You Can Do It ... Just Do It!!!
Normala: Salam Aidilfitri untuk Maz sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Normala: Salam Ramadhan. Semoga terus yakin dengan biz ini dan sukses selalu.
SPD Zul: Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat Posa. Salam perjuangan dari saya.
Normala: Maz, now I know who is your HERO , hehehe ...
Normala: Yes mem, you are on the right track. Good luck!
Marini Noordin: Salam Perkenalan. Nice blog.
Normala: Hello Sis, bila nak update blog? Namun, tahniah atas usaha-usaha anda yang terus mempromosikan produk2 Smart Naco. Teruskan usaha!
ninahilary: Hi Maz.. How are you? Im 1 of the new member of SN...Nina berharap Maz dapat guide nina nanti yea... we work hand in hand lah yea.... See ya... Kalau nak ikan terubok masin please let me know coz my uncle is selling Ikan Terubok Masin ...bagitau ahli lain... hahaaaaa! Nice to know you Maz
Fauzan: Tahniah Kak Maz..Musuh yg perlu kita perangi adalah diri kita sendiri..InsyaAllah dgn komitmen yg akak tunjukkan saya yakin satu hari nnti pasti akak akan berjaya dlm bisnes ini..
Normala: Anda semakin hebat. Semoga training 1 Julai tersebut telah dpt menyuntik semangat Mazlina utk terus mengatur langkah gagah. YOU ARE THE BEST!
munip: BERSAMA MENUJU PUNCAK KEJAYAAN
Sophia: Kak Maz, sama-sama kita menuju puncak kejayaan bersama SST. WE CAN DO IT!
munip: SALAM SUKSES
Normala: Terima kasih dik Munip. Sedap lagu Saleem yg kat blog you tu.
munip: penulis blog yg hebat..macam kak mala..

Please type in the four characters shown in the black box.

Thursday, January 29th 2009

8:40 AM

Sign of Stroke

Far too few people recognise the first sign of a stroke, experts from Dresden University Hospital said recently, Sign include sudden weakness, deafness or paralysis, vision or speech problems, a dazed feeling and diziness.

The sooner victims receive treatment, the greater their chances of surviving a cerebrovascular accident without lasting brain damages, the experts said. A person experiencing stroke symptoms should seek immediate medical assistance.

Risk factors for stokes are smoking, heavy alcohol consumption, being overweight,diabetic and having lifestyle with a balanced diet and sufficient exercise can help prevent cause of stokes.

have a healthy life ahead everyones....clear mind and be positive.

0 Comment(s) / Post Comment

Thursday, November 27th 2008

9:50 AM

Something To Ponder

Salam & selamat berbahagia semua. untuk semua sesuatu yang sangat menyentuh perasaan dan buat saya terfikir sejenak betapa "words carry can changed everything" Tak lupa juga nikmat Allah s.w.t yang maha kaya. Alhamdullilah

"A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said : "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. he put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more pople were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?".

The man said, " I only wrote the truth. I said what you said but in a different way." What he had written was: "TODAY IS A BEAUTIFUL DAY AND I CANNOT SEE IT."

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both sign told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men says, "Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.....in the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.

The most beautiful thing is to see a person smiling.......

And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!!!

Smile People and Life without fear to the future...

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Monday, November 3rd 2008

1:05 PM

Ketentuan Allah Jua

  • Mood:

Assalamualaikum wbt....

Saya ucapkan Takziah untuk keluarga kak Mala atas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah semalam jam 12.10pagi. Jenazah ibu tersayang selamat dikebumikan di tanah perkuburan Dato' keramat KL jam 11.45 pagi ahad. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 golongan orang yang beriman. Amin...AL-FATIHAH

Untuk kak mala dan semua ahli kerluaga semoga tabah meneruskan hidup tanpa ibu tercinta disisi. You can do it...i know you are a strong woman.

Sebenarnya saya menerima sms kak mala semlm jam 7.15am sewaktu itu saya sedang dalam perjalanan ke UIAM untuk menghadiri majlis persembahan "konsert" tadika anak kecil saya. Perasaan seronok dan sedih bercampur baur. Namun sebagai manusia takdir tuhan tak dapat kita duga. Pertama kali jejakkan kaki ke kawasan universiti....terasa seperti saya pulak jadi student...impian nak belajar di universiti tak tercapai sebab kurang cerdik belajar. Tapi tak apa saya akan pastikan anak2 saya belajar hingga ke peringkat universiti membawa impian saya sekali kerana saya tak mampu merealisasikanya. semoga mereka berdua menjadi manusia yang bijak dan solehah di masa depan. Insyallah...amin

Budak2 sekarang bertuah mendapat pendedahan awal alam persekolahan berbanding zaman saya dulu...seawal 3-4 tahun dah mula dihantar ke tadika dibandingkan dengan zaman saya dulu mula sekolah tadika di usia 6 tahun ajer.

Cerdik betul budak2 sekarang...menari,menyanyi dengan aksi2 lucu dan kepetahan mereka bertutur dalam bahasa lain selain bahasa ibunda sendiri.....cukup mengagumkan saya.

Acara berlangsung sehingga jam 11.30 pagi diakhiri dengan jamuan makan tengahari tapi saya tak tunggu untuk makan kerana Q  yang panjang.

Saya ada rancangan lain juga selepas tu...ke Oakleaf Club, Bukit Antarabangsa. Saya dapat info dari facebook akan di adakan "Flea Market" atau biasa orang panggil "Garage Sale". Barang2 terpakai yang dijual dengan harga murah. Saya memang minat pegi ke acara2 seperti ini. Terkadang ada barang2 yang masih elok dan boleh digunapakai dengan harga yang berpatutan.

Sampai disana cuaca panassss....keadaan masih tak ramai dengan manusia lagi. sempatlah saya capai 2-3 barang sebelum saya terjumpa saudara Hafiz rakan SST kita yang turut sama buka meja di situ. Mula2 tu dari jauh saya dan hafiz saling perhati sambil berjalan menghampiri dia...barulah saya perasan disebabkan produk SN.  Wah! bagus betul la hafiz ni....semangat niaga yang kental dalam panas terik tu sanggup duduk dan tunggu pelanggan tanpa ada payung memayungi. sempat pulak saya berseloroh dengan dia.

Apa pun saya ucapkan tahniah pada semangat anak muda seperti hafiz....Go Go Go SST.

Tetiba terkeluar plak idea saya....mmmmpphhhhh kena kabarkan kat kak mala. See you all.

 

0 Comment(s) / Post Comment

Saturday, November 1st 2008

10:50 AM

Masa untuk Bertindak

  • Mood:

Salam sejahtera dan Assalamualaikum...

Hari sabtu di office rasa kurang sikit stress (lebih rileks dari hari biasa). Terasa nak mengarang hari nih. Sejak dunia mengalami krisis kewangan termasuk lah malaysia melanda mengingatkan saya pada tahun 1997 awal 1998. Harap2 peristiwa tahun 90an itu tak berulang pada saya dan keluarga. Masa tu saya baru ajer langsungkan perkahwinan disember 2007. Sebaik2 ajer masuk kerja dari cuti berita kurang sedap saya dapat "retrenchment" sedih bukan keplang di saat kami baru ajer nak membina hidup berkeluarga. Saya dimasa tu bekerja sebagai pelukis pelan. Dimasa tu syarikat pembinaan paling teruk jatuh. dimana2 syakirat konsultan arkitek tak menerima pekerja. Saya menganggur sambil cari kerja sementara sebagai kerani am. Langkah menukar haluan kerja terpaksa diambil memandangkan kami berdua bekerja di "line" yang sama, bimbang akan impaknya saya buat keputusan kerja sebagai kerani tanpa sebarang pengtahuan atau sijil perkeranian. Ok alhamdullilah saya dapat kerja sebagai kerani data di sebuah syarikat pasaraya "TOPS" (sekarang dah tak ada lagi...kerana HQ di belanda mengalami kesukaran terpaksa menutup cawangan di malaysia). Kerja yang boring namun untuk teruskan hidup terpaksa lakukan. Dimasa tu tak kisah sangat sebab hanya kami berdua ajer. Tekanan tak terasa kerana hanya perlu fikir perut kami berdua ajer.

Tapi kini kami dah berempat....bimbang tetap ada, kerana anak masih bersekolah dan kedudukan kewangan yang tak berapa meyakinkan buat saya jadi "fobia" dgn peristiwa lepas. Setelah fikir panjang saya berhubung dgn kak mala....dan kami sepakat untuk majukan diri dan membebaskan diri dari belengu kewangan. Ahad ini merupakan group meeting kami yang pertama akan diadakan di rumah kak mala....atas idea kak mala sendiri.

Saya nak mencuba nasib sekali lagi dlm business ini disamping masih lagi percaya dengan produk SN. Sama2 lah kita berusaha untuk majukan hidup dan ubah kewangan kita melalui perniagaan. Tidak perlu modal yang banyak cuba usaha dan korban masa lapang. ...Mari kita bermula sekarang.

 

0 Comment(s) / Post Comment

Wednesday, October 29th 2008

4:15 PM

Safety Awareness on Fire Protection

  • Mood:

wow....saya baru ajer selesai attend ceramah tentang "Fire Protection" yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja. Menariknya kali ini topik tak ramai di kalangan warga malaysia tahu tentang bahaya api kebakaran.

banyak info yang kita tak sedar "leak of awareness" di kalangan kita. Berapa ramai antara kita perihatin atau tahu dan amalkan keselamatan di rumah atau dimana sajer terutama tentang kebakaran. short circuit/misused electrical appliances. Dan berapa ramai kalangan kita yang ada menyimpan fire extinguisher (pemadam api) di kereta atau di rumah masing2. Rata2 tidak ada simpan walau sebotol. Ia mungkin dilihat kurang penting saat ini...tapi malang tak berbau.

Dalam ceramah pendek selama 1 jam tu...dapat sedikit sebanyak membuka mata pekerja2 termasuk lah saya sendiri. berapa ramai yang tahu bagaimana nak mengelak kejadian kebakaran dan jika terjadi apa yang perlu dilakukan? kebanyakan kes kematian kebakaran bukanlah berpunca dari api tapi asap yang bersifat "toxic".

Tips - jika kebakaran berlaku di bangunan office yang tinggi, pastikan anda semua lari menuju ke tangga kecemasan kerana sebaik saja kesan kebakaran / asap bekalan elektrik secara otomatik akan diputuskan. Lari menuruni tangga (pastikan kebakaran berlaku di tingkat berapa) jika boleh dan pasti lari menuju ke bawah bukan ke atas. melainkan kebakaran berlaku di bawah bangunan tempat anda bekerja.

Berapa ramai antara kita yang tahu cara menggunakan fire extinguisher dengan betul? Ilmu ini nampak remeh tapi mungkin berguna suatu hari nanti. Siapa tahu anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang.

Tips - Pastikan alat pemadam api masih "active". macam maner nak tau? setiap darinya ada meter reading. jika jarum penunjuk berada di tengah2 garis HIJAU, pressure stable dan boleh diguna. Tapi jika jarum penunjuk berada disebelah kiri (kawasan merah) alat tidak lagi aktif (tidak boleh digunakan) jika jarum berada disebelah kanan pula menunjukan alat berada dlm tekanan yang tinggi ( masih boleh diguna tapi apabila kekunci dicabut patikan ia disemburkan dulu ke arah lain untuk kurangkan tekanan pada alat pemakam itu. dan halakan kemudian baru halakan ke arah api yang nak dipadam tu.

Alat pemadam api ada pelbagai jenis...pastikan anda mendapatkan nasihat dari pakar sebelum beli yang bersesuaian dengan keadaan rumah atau pejabat atau kereta anda.

Simpan satu di dalam kereta tapi bukan di dalam bonet kereta. Tempat yang sesuai ialah di bawah seat kereta atau sesetengah kereta ada disediakan tempat untuk itu. Ia boleh menyelamatkan nyawa serta kereta anda dari terbakar hangus sementara menunggu bomba datang. Insyallah..

Bagaimana pula dgn rumah? Perlu juga ada simpan alat pemadam kebakaran ini. tempat yang paling sesuai diletakan ialah ada 2 tempat bilik tidur dan living area. Jangan letak di dapur. begitu juga juka anda berhasrat memasang "smoke detector" jangan sesekali pasang di dapur walaupun kita tahu risiko kebakaran boleh berlaku di dapur. Ini kerana asap masakan akan menyebabkan sensor alat itu mudah rosak terkena asap minyak masakan dan sebagainya.

bagaimana pula juga orang terkena api...apa yang anda boleh buat untuk bantu padamkan api dibadannya? Jika ianya kecil boleh la ambil selimut / kain yang cukup tebal dah tutup badannya (jgn ditepuk2 kononya nak padamkan api dibawah selimut tu) ianya akan memburukan lagi keadaan mangsa. Kerana bila kain di tarik kulit juga akan tertarik sekali.

bagaimana pula api yang besar...yang membakar badan mangsa. Jangan disiram dgn air (pantang sekali) akan memburukakn keadaan mangsa. ajar mangsa agar berguling2 di lantai/tanah sehingga terpadam api tapi jika tidak berkesan boleh la guna alat pemadam api dan semburkan tapi AWAS!!! bukan semua alat pemadam api sesuai untuk kulit manusia. Hanya ABC powder sahaja...lain2 jenis tidak disarankan.

Pastikan alat2 elektrik rumah anda ditanggalkan apabila selesai guna (kurangkan risiko short circuit). Baru saya ingat yang saya juga punya habit yang tak baik tentang ini....mulai hari ini saya akan lebih safe conscious terutama dengan alat2 elektrik di rumah.

Ada banyak lagi info yang saya rasa tak dapat nak huraikan disini...moralnya jangan pandang remeh terutama sekali Keselamatan yang membabitkan nyawa manusia. Go and learn ...tak rugi.

Selain belajar tentang selok-belok business SN masukan sekali pengetahuan am. Secara tak langsung ia juga sebahagian dari "Community Services".   2 in 1 compact ilmu didada..hehehehe

Sorry jika ada yang bosan membacanya...tapi saya sedang seronok nak kongsi dengan semua pembaca. Saya pasti ada yang tahu dan mungkin lebih expert dari saya but tak rugi buat saya kongsi dgn yang belum tahu....selamat membaca.

0 Comment(s) / Post Comment

Saturday, October 25th 2008

10:34 AM

Apa nilai kesihatan pada anda?

salam sejahtera dan assalamualaikum semua,

Lama betul tak menjenguk teratak buruk ku ini....lama menyepi mungkin kerana tiada modal bicara untuk dikongsi atau mungkin sibuk dengan kerja dan perihal sendiri yang tak pernah kering. Itulah hidup selagi nyawa di kandung badan. Masih belum terlambat untuk ucap "Selamat Aidilfitri" buat semua pembaca terutama sekali warga SST - Go Go Go SST....Your Are The Best!!!

Masa berlalu cepat betul sekarang nih....usia pun semakin membesar angkanya. Sejak kebelakangan ni perkara yang menakutkan saya datang menggangu minda. Semakin di fikir semakin risau dibuatnya. Hari tua semakin menjengah dan Paling gerun sekali ialah penyakit.

Sedia maklum semua kita tua dan penyakit sedang menanti2 atau berlumba2 nak kuasai badan kita. Apakah persiapan kita dalam menghadapi hari tua dan badan yang bebas dari penyakit "common" masyarakat malaysia abad millenium ini?

Terlalu banyak minda disogokan dengan cerita2 orang ramai atau kalangan kawan2 sendiri yang diserang penyakit "biasa" didengar oleh kita sekarang. Darah tinggi/ kencing manis/ serangan jantung...perkara biasa bila diberitahu pada kita. Sepertinya tak ada rasa hairan di dalam diri kita bila dengar tentang penyakit itu kan???

BUkan satu perkara yang pelik dah jadi isu biasa dihidangkan ke telinga. Betul tak?? Malah respon kita pun seperti oooo...ya ker?? tiada "feel" bila khabarkan pada kita. Pelik kan?? Statistik penyakit "common" ini di malaysia terlalu tinggi selepas negara USA. Apakah nilai kesihatan kita tak ada lagi dah?

Setengah2 kita rasa diri masih muda tak mungkin diserang penyakit ini.....yang kemudiannya tiba2 diserang "heart attack". usia 30an, tiada dikesan penyakit berbahaya tapi meninggal kerana "heart attack". Kenapa? Macam mana boleh jadi macam tu? Sihat ajer sebelum ni?

Cara pemakanan kita, kurang senaman dan yang paling penting Periksa tahap kesihatan secara kerap "PENTINGGGGG". kebanyakan penyakit tiada sintom awal.....seperti kanser. Pasti kita tak akan sedar akan kehadirannya. Ia akan kita sedar bila sudah sampai ke tahap pertengahan atau mungkin lewat dari itu .......minda kita masih ditakuk lama. Bila sakit baru nak jumpa doktor..semasa sihat, kuat diri yakin badan tiada penyakit. bagaimana anda boleh pasti akan itu?

Sebab rasa badan sihat ajer? tiada kesan tanda2 pelik atau masih muda....dan selalu bersenam, makan sayur2an, buahan2 tak mungkin kena....kan?? Salah tu...penyakit tak kenal usia, bila, siapa. Itulah hakikat yang saya cuba terima. Baru2 ni saya buat ujian "Pap test" .....saya dikesan ada "HPV" - humanpappilo Virus" sel kanser pangkal rahim. masih menuggu keputusan ujian menentukan jenisnya...kerana ada sel yang berbahay dan tidak bahaya.....tapi tetap dalam hati kecewa, sedih dan paling menyayat hati takut tak berpeluang untuk melihat perkembangan hidup anak tersayang ...remaja, dewasa, berumahtangga dan cucu.

Saya tak puas hati dan cuba cari sebab dan jalan penyelesaiannya. melalui pembacaan di internet saya temui ini. Disamping terus yakin minum susu IgG-puls saya terpaksa ubah cara pemakanan saya. Tapi rasa syukur tu tetap dipanjatkan pada ilahi kerana saya masih diperingkat awal. Jika saya tidak buat ujian pengesanan ini sudah tentu rasa hidup lebih sedih lagi. Oleh itu kawan2 pergi la buat pemeriksaan kesihatan lebih lanjut ..secara terperinci biar pun terpaksa keluar duit yang agak mahal untuk itu kerana nilai nyawa kita tak boleh dinilai dgn wang. HANYA Setahun sekali .....medical check up especially wanita2 perlu lebih kesedaran tentang ini. Kesan awal agar dapat selamatkan nyawa anda ......

Sila lawati website ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sel kanser http://www.cancer.gov/cancertopics/understandingcancer/cancer/allpages

Berkongsi maklumat untuk kesadaran dan manfaat manusia sejagat.

Berjumpa lagi dilain lembaran.....wasalam

0 Comment(s) / Post Comment

Tuesday, July 8th 2008

10:43 PM

Percutian 2008

hai hai hai....kembali lagi saya setelah diasak oleh upline saya yg x jemu2 mengasak.

berseloroh ajer...

kali ni saya nak bercerita tentang percutian saya ke Gold Coast, Australia. Saya sememangnya suka travel. kesempatan ini saya ambil memandangkan peluang tak mungkin datang lagi jika yang ada didepan mata tak di manfaat macam jugak bisness Smart Naco ini. Kenapa baru sekarang saya buka mata untuk MLM...kenapa tidak dari dulu lagi??? Setelah diasak oleh kawan2 yg terlebih dulu join MLM (macam2 company) pintu hati saya tak sedikit pun tercuit.

Seronok bukan kepalang bila rancangan nak bercuti keluar negara hampir menjadi nyata. Sudah menjadi impian saya dari dulu teringin melancong negara "mat salleh" walau sekali dlm hidup pun jadi lah. jangan mati kempunan orang kata...ehehehee

Alhamdullilah rezeki saya dan juga diizinkan Allah s.w.t.......saya, adik dan juga kawan baik saya (kesemuanya female) berangkat ke Gold Coast, Austalia pada 9hb April yang lalu. Perjalanan mamakan masa selama 8 jam lebih untuk sampai ke destinasi. Perghh.....memang letih tapi tak terasa sebaik saja nampak daratan tanah omputih nih..

Macam monyet kena belacan, gitu la gamaknya keadaan saya masa tuh..seronok tak terkata. Mission accomplished. My dreams come true.....alhamdullilah. Not everybody can achieved their dreams but me yessss.....sangat bangga dgn pencapaian saya dan terkabulnya impian saya. No words can say!!!

Oh ya! tak lupa saya bawa bekal sedikit susu Igg-plus ke sana, in case terkejut dgn perubahan cuaca. Spoil la vacation saya nanti. Tapi saya percaya akan kekuasaaan Igg-plusss....YEZZZZYAaa

Sebelum ke sana sempat saya view internet untuk dapatkan info tentang custom disana. dan jugak telah diingatkan oleh rakan baik saya yang kini menetap disana setelah berkawin dgn warganegara australia. No dairy products allowed to bring in their country.....and also no fresh food, vegetables, sambal belacan canned food. Unless canned food yang telah disenaraikan bebas dari custom. Nak dijadikan cerita saya nak melawan peraturan laaa...maka saya cuba try test bawa paket milo RM12.00 lebih punyer. "sayonara" "good bye" tak leh lepas sbb ingredient content ada mentioned " milk powder".   tapi nasib baik susu igg plus saya lepas .....padahal terpampang jelas bukak luggage 10 paket atas susunan baju2 saya tak dirampas. FUHHHHH...legaaaaa dlm pada tu takut geletar pun ada. Dada bagai nak meletup masa tu. Dup dap dup dap jantung. kering peluh jap. hehehehehe ....

sampai sana hari hujan renyai.....kwn dtg ambil dari airport "coolangatta". Baik hati kawn sanggup ambil cuti kerja 3 hari just to accompany us. And sempat pegi ke rumah beliau untuk makan malam...save $$$$ kami bertiga. Masa tu currency AUD1 = MYR2.70 . agak mahal juga. Sekarang ni dah lagi mahal AUD1 = MYR3.3

Kami bertiga "gamble" travel alone tanpa guna khidmat tourist agent. memang seronok..cos kita boleh plan our own activities tanpa tersekat dgn jadual tour agent. But dont worry bila you disana senang jalan dan insyallah tak sesat dan selamat. Alhamdullilah pengalaman ini memang menyeronokan sehingga kini saya rindukan gold coast jika ada kesempatan diberi saya ingin kesana lagi. kali ini mungkin bersama SST group dikelolakan oleh our group leader. Why not???

Cuaca masa tu x sejuk sangat...nice and kurang berpeluh. so malam x mandi pun tak per. No smell at all. Patutla mat salleh jarang mandi...mmmmm. tapi di m'sia x boleh praktis macam nih...BUSUKKKKK bau ketiak. hehehehehehehe

makan??? ada satu kedai muslim disana. Org malaysia punya kedai. ramai gak saudara islam yg makan disana. Tapi ikut harga sana lah...sendiri mau kira berapa??? bagi budget traveller macam kami....kami terpaksa berjimat sebab bayak lagi tempat2 yang kami nak lawati. Kami dapat menyewa apartmen 1bilik dgn harga AUD80 semalam. ada peralatan memasak,microwave,refrigerator,cooking tools dan juga oven. So kami masak sendiri, tapi bukan la masak cam kat m'sia. Paham2 ajer la orng merantau...maggi, sesekali beli roti buat sandwich tuna, kalu dah x tahan sangat kami beli beras dan dpt la makan nasi berlaukkan sayur goreng dan telur goreng. Tapi macam tu pun dapt sedap sesangat. menjilat jari la. berbeza kalau di m'sia tak lalu nak makan nasi berlaukkan telur goreng kosong ajer. hehehhee...

View dari aparmen yang kami sewa. berdekatan dgn laut. Syurga bagi para "surfing" kerana lautnya yang berombak besar setinggi 5kaki....Pagi di gold coast. Beza masa 2 jam awal dr masa m'sia. Laut nampak tenang dr apartmen tp sebenarnya ombak besar. sesuai untuk surfing board. jaga2 ada jerung. penah ada kes kematian dibaham jerung....tp jangan risau sebab ada life guard monitor your activities.

As you can see macam tu la ombak dia.....besar kan??? saya sendiri naik takut dan naik heran...sejuk macam ni diaorang boleh surfing kat air??? kulit keras nih cam kulit buaya agaknya...perghhhh. Bendera life guard tu ialah penanda garis selamat untuk aktiviti mandi manda. Tak semua area dibenarkan mandi....heheheh termasuklah bagi kaki2 surfing. Tapi service hanya hingga jam 5pm. lepas dari jam ni atas tanggungan sendiri...kuah kuah kuah.

banyak tempat kami pegi...SeaWorld,Movieworld,Australia Zoo (mendiang steve irwin - crocodile hunter) dan byk lagi tempat2 menarik yang kami lawati...kami mengidam sangt nak makan ice cream "copenhagen" belum ada di m'sia lagi. Dikhabarkan ice cream paling sedap. Dari hari pertama kami disana setiap hari kami lalu lalang disekai ice cream tu..terjelir air liur kami huhhuhuhu......sehingga lah hari terakhir baru dapt makan sebatang ice cream cone berharga AUD6 bersamaan RM16 lebih. Ais cream termahal penah kami makan dlm hidup.....pergghhhh. tapi itu kami spent bila $$$ dan on our last day there. so tak la rasa rugi sangat.Puas hati...hhahahahah.  Overall memang kami puas hati dan happy sangat. memori yang sangat manis dan recommended place to go visit. Klau nak cerita apa yg ada disana...tak cukup blog nih. terlalu banyak untuk diceritakan. nak tau kenalah pegi dan alaminya sendiri. Pasti anda pun akan jadi macam saya mengigau setiap malam....work work work get money and holidayyyyyy.....yahoooo.

Saya dan adik saya di Australia Zoo, mmg menarik...zoo yang dikendalikan oleh pekerja seramai 400 orang dgn keluasan tanah 7ekar. Imagine seharian disana byk tempat yg x sempat dikunjungi. Kangaroo ni dilepas jinak. Ada banyak lg yg lepas bebas ini salah satu darinya.

Kami bawa bekal nasi for our lunch as food inside very expensive for us. Kos makanan ditanggung bersama jadi x la rasa berat sangat. Dengar cam kesian kan?? Tapi we all having fun and pengalaman manis berkongsi makanan.

Jangan jealous!!!!! sesi bergambar bersama karektor terkenal batman dan robin. Syok gilerrr. Ini di "Movie world" Theme park. Selain itu ada tayangan movie "Shrek" dlm bentuk 3D. Juga ada pertunjukan lawak dari "Police Academy" memang best giler.

Okay ..ini salah satu acara yang ada di "SEAWORLD" theme park. Pertunjukan Dolphine. mmg best dan menakjubkan..bukan itu saja ada trainer sekali disana menbuat persembahan. Penonton diberi peluang untuk bermesra dgn ikan ini secara live.

Juga seharian kami spent time disana...kerana tempat tu mmg besar dan banyak kedai dan acara persembahan yang dihidangkan untuk pelawat2. Bahagian kanak2, permainan dan sbgnya. Diakhir masa penutup jam 4pm...masa dihabiskan untuk ber"shopping" cenderamata untuk di bawa pulang. hehehehe...shopping mmg best. hari2 macam ni lagi bestttt hahahahahahha.....

Kami decide untuk tidak menaiki kenderaan awam iaitu bas. Kami berjalan kaki dari theme park ke apartmen kami di "Surfer Paradise". Letih giler..macam nak tercabut lutut sambil berjalan sepanjang tu tergelak terbahak sebab konon nak jimat duit bas sebanyak AUD4. Boleh beli  makanan tuuuu....dah la laparrrrr...hehehheehhe

Sebelum balik ke m'sia keesokan harinya, kami bertiga plan nak ke Brisbane town, kebetulan kawan australia kami pun nak ke sana atas urusan peribadi. Pagi tu kami bertolak menaiki tren (lebih kurang cam komuter di m'sia) perjalanan dlm 1jam lebih. Sampai sana rasa rugi sebab rupanya ada byk tempat yg kami x sempat lawat, tapi x apa sempat jugak visit few places at least x kempunan sebab gold coast dgn brisbane tak jauh.

Kota brisbane - pemandangan dari South Bank. Mmg cantik....kota sibuk macam KL, penuh dgn manusia yang sibuk dgn urusan dunia. Disini ramai jugak orang asia, kebanyakannya student....

Okey itu saja serba sedikit cerita vacation saya. Saya banyak ambil gambar lebih kurang 400 lebih keping....hahahahahha excited sangat sebab banyak tempat2 yang menarik yang saya nak kongsi dgn kawan2 serta keluarga saya. Harap dapat datang lagi..mungkin ke Sydney pulak??? siapa tau atau mungkin ke negera jiran Australia iaitu New Zealand. Bye

0 Comment(s) / Post Comment

Wednesday, March 26th 2008

5:00 AM

IgG - Plus

 - (Natural Colostrum Skim Milk)

What is colostrum?

 

Colostrum is a pre-milk fluid secreted by mammalian mothers after giving birth during the first 24-36 hours of lactation.

Colostrum supplies immune factor and growth factor for whole life.

Since human colostrum is rare, we need to shift to other alternative like cow colostrum.

In fact, cow colostrum is safe and contains 4 times immune factor compared to human colostrum.


- A type of low-lactose milk powder contains natural cow colostrum.

- A quality product from New Zealand that
100% natural
Free hormones/drugs/antibiotics/preservatives and chemicals

Contains Immunoglobulin (Ig)

Provide balance nutrition
 
"Naco IgG-Plus acts as a natural antibody supplier and it is the best sources for a healthy life"


Direction of usage

1-2 sachets a day

Directions of mix

Halal Certificate

Dissolve a sachet of Nace IgG-Plus into warm water (below 50'C) and mix well. Do not use hot water.

patient testimony

http://www.alivingmydream.com/video-testimoni-produk.html

mudah2an apa yang anda cari telah ditemui disini...insyallah

0 Comment(s) / Post Comment

Thursday, March 6th 2008

3:05 PM

cerita ku.....dlm biz dan rutin harian

assalamualaikum warga malaysia khususnya warga SST....

Maafkan saya kerana menyepi terlalu lama....dunia perniagaan memang mencabar dan menduga emosi dan akal manusia yang mudah mengalah seperti saya, hanya yang kuat dan degil akan terus berjalan walau emosi lebur seperti di "kebabom" dgn bom motar.

Masih ingat lagi pada hari pelancaran blog bisness saya di http://eniagamazz.blogspot.com sememangnya membakar dan saya begitu yakin akan kehadiran blog ini memberi sinar cahaya yang saya harapkan. Tersenyum puas kerana niat hati nak bina blog bizz ini berjaya jua, maka terbitlah bermacam2 idea untuk lebih mempromosikan blog di masa yg sama beriklan di ruangan2 iklan percuma di internet. Tak lupa juga saya buat mailing list berpandukan tunjuk ajar di dlm buku "15 teknik efektif internet marketing", saya cuba buat step by step follow buku tu.

Saya search one by one group yahoo mail address dan juga google group mail address, happy try la send to them....tapi malangnya tak berjaya bila mana mail saya ditendang balik atas alasan saya kena join group baru boleh send email to them. Well mungkin ada kesilapan dimana2 yang saya perlu teliti balik. mmmm...tak per la. error tetap ada untuk berjaya. Try, try, try dan try.

adat orang berniaga ada untung ada rugi, well nak jadi cerita iklan saya tak mendapat sambutan langsung "o" zero.......mmmmphhh. sedey nie, saya mula berfikir mana silap teknik saya ni. dalam masa saya cuba nak selongkar masalah ni berita dari HQ tempat saya bekerja ni pun datang....mengalah belum lagi cuma kekurangan saya mengatasi kelebihan saya. jadi saya buat keputusan untuk cool down jap bizz ini sebelum saya bermula balik. Jangan risau tak lama...sekejap ajer bila suasana dapat dikawal. Satu2 nya saya tak boleh managed ialah bila masalah selain masalah bizz datang menyerang dalam satu masa...kerja ofis, hal peribadi hal bisness dan hal2 lain. semacam tak boleh nak handle. saya perlukan masa untuk settle satu persatu tapi tidak meninggalkan atau melupakannya. masalah tak kan selesai walau kita cuba lari...lebih baik hadapinya dgn cara terbuka.

saya bekerja di site construction (tapak pembinaan) sebagai admin. Yaaa...tentu ada yg suprised...tapi percayalah saya enjoy lebih berbanding pengalaman saya bekerja di ofis yang cantik dibangunan2 tersergam indah di KL ni. Jiwa saya sesuai di sini...bergaul dgn mereka yang kalau diikutkan tak ada admin (perempuan) yang sanggup kerja di site. projek kondo mewah yg mana pentadbiran sumber manusianya di bawah jagaan saya sudah pun siap dan dijangka serah kunci pada pembeli awal april nanti. selepas ini saya akan jaga site lain pulak 2 blok kondominium 40 tingkat di mont kiara juga. kerja di site sememangnya stress, melayan kerenah manusia dan timbunan kerja (lone ranger la...) perghhhh...tapi saya suka..walau mulut kekadang bising tapi hati happy kerana saya bebas mengatur kerja saya sendiri asalkan dateline yg diberi "accomplished".

Oh ya...saya telah lama merancang untuk pergi bercuti dan semuanya sudah pun diatur hanya menunggu masa untuk berangkat. insyallah pada awal april ini saya, adik dan kawan baik saya akan bercuti selama 10 hari ke satu destinasi "rahsia".hehehehehe  . sesekali perlu rehatkan minda dan "refresh" semangat. insyallah....doakan perjalanan cuti saya berjalan dengan lancar. aminnnn

 


 

0 Comment(s) / Post Comment

Friday, February 8th 2008

8:22 PM

cari maklumat...cari maklumat

salam sejahtera....

2 hari bercuti tanpa ada plan untuk kemana2 memang membosankan. So hari ini di mana orang masih lagi berseronok cuti sya dah pun mula kerja. Boleh gak buat apa yg patut dengan blog saya nih....

Sejak malancarkan blog niaga saya yang baru nih...macam2 idea saya fikirkan. kalau boleh semuanya nak dicurahkan tapi kena berhati2 bila menyalurkan maklumat. Slah info buruk padahnya.

Saya cukup berminat dengan info tentang kesihatan. Ntah mungkin kerana saya prihatin dgn kesihatan dan makanan. Dan saya ingin kongsikan dengan semua diluar sana. Dengan cara ini saja saya dapat salurkan maklumat berguna. Saya bukan lah pakar kesihaan atau nutrisi tapi ilmu itu perlu ada sebagai backup di masa depan.

Baru2 ni saya rajin mencari maklumat tentang penyakit berjangkit dan kesihatan. Tapi semuanya dalam bahsa inggeris...saya akan cuba translate dlm bahasa malaysia untuk tatapan semua.

bahayanya penyakit dan bagaimana penyakit itu dapat dicegah. apakah yang penyebab penyakit itu terjadi dan bagaimana jalan penyelesaiannya.

Insyallah rajin2 la menjenguk blog baru saya. Dan akan saya cuba update dgn lebih kerap untuk tatapan semua.

Insyallah...salam

7 Comment(s) / Post Comment